Tuesday 15 May 2012

..sseorg yg digelar sahabat..

assalamualaikum..

hmm...if kite dah kenal sseorg kite akn anggp die shbt kn..wlupun xmenjadi shbt tetap saudara sesama islam kn..terlalu bnyk pertanyaan n persoalan yg bermain difikiran finaz ttg 'seorg sahabat' ni..1st impression finaz pd 'seorg sahabat' ni sngt kagum bila 'dia' berbicara ttg ilmu agama..tp seribu sekali syg kerana amat rugilah bila kita hnya pndai berbicara ttg agama tetapi tidak melaksanakan perintah-Nya...terdetik di hati ingin bertanya dan menegur 'dia',nape 'dia' tidak melaksanakan perintah-Nya..tetapi apakan daya diri ni terlalu kerdil n lidah kelu utk berkata-kata..
finaz taw kalau bertanya pd rakan yg lain,jawapan yang akn finaz dengar:

 "sudah menjadi tanggungjawab kita sbg umat islam utk menegur kesilapan sahabat kita dan tidak boleh hnya melihat dia berterusan melakukan dosa"..

dan ada yg akan berkata:

"biarlah dia..itu urusan dia dgn Allah, kita ni pun bkn sempurna sngt"

ada juga akn kata mcmni:

"buat xtahu je...xperlu tegurx2..nanti tegur terasa plak terus xbkwn"

so..pe yang perlu finaz wat..mmg buntu yg teramat sngt..hati ni berbelah bagi..bnyk sngt persoalan n mesti akn timbul pertanyaan nape n mengapa..

persoalan yg selalu bermain difikiran finaz:

1.dia tak rasa bersalah ke tak laksanakan perintah Allah
2.dia selalu berkeadaan gelisah adakah disebabkn faktor diatas
3.nape bila rasa dah tak tahu nak watpe baru nak jlnkn perintah Allah
4.dia taw perihal agama n hukum tp nape xmenjalankn tanggungjwb sbg seorg muslim
5.bkn dia tak melihat rakan yg len melaksakn perintah Allah depan mata dia

...mcmne nak wat skrg ni..stp hari finaz akn bhdpn dgn shbt finaz n kwn yang lain  bknnye xbg hint..bnyk kali kot tp mcm xde respon pape pun dr dia..

..mmg finaz pun tidak sempurna tp finaz cuba memperbaiki diri utk jd lebih baik...insyaAllah..

finaz hrp kwnx2 yg sudi baca blog finaz bg feedback pe yg patut finaz wat..xnk lg ada rasa berslh..

p/s:stp pndangan rakanx2 amatlah dihargai..








Monday 23 April 2012

hal yg tidak perlu dilakukan

                                                                                                                                                                           
-selalu ingtkn diri sendiri-
-hal yg tidak perlu dilakukn yg bagi finaz tidak bawa erti pape dlm kehidupan finaz-
-insyaAllah..finaz kena jd seorg yg kuat dan tabah untuk lalui likux2 kehidupan yg mendatang-
kehidupan mesti diteruskn
-yg paling penting jgn sesekali menyerah kalah-
-percaya pd diri sendiri-
-the most important things always smile and remember Allah-
^_^

cara mengatasi rasa mengantuk...yeahhh

assalamualaikum...


...arghhh...finaz terasa amatlah berat mata ini.....


so wat should i do???


minum kopi or nescafe utk hilangkn ngntuk yg tahap cipan ni...but it wasn't good solution kn sbb bnyk sngt kandungn kafein..bkn bg hilang ngntuk nanti buat finaz terlebih khayal kn..ohh man...finally finaz research kat mr.google jumpe tips nak hilangkn rasa ngntuk...yeahh...mmg sngt membantu..dgn baik hatinya finaz nak berkongsi tips ni ngn korg..bek tak finaz..bek sngt kn..korg mesti rasa annoying kn sbb finaz gediks terkinjax2 puji diri sendiri kn...ekekekke...xnk ckp merepek meraban lg...


ni antara tips cara mengatasi rasa mengantuk:


1. Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.
2. Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.
Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.
3. Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.
4. Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.
Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.
Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.
Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.
Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.
5. Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.
Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.
6. Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.
Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.
Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.
7. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.
Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.
8. Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.
9. Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
10. Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.
11. Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.
12. Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.
13. Dapatkan rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
14. Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.
p/s:..tibex2 jd bersemangat buat kerja yg menimbun bak gunung everest ni....rasa ngntuk terus hilang...tbek dr ladang...ngeeeee...SELAMAT BERAMAL...



Sunday 22 April 2012

finaz dan blogger

assalamualaikum....


blogger n finaz or finaz n blogger...
watever laa..
apakah finaz masih bermimpi...
agar sukar nak percaya bila finaz menulis blog..
benda yg amat jarang finaz buat...
tp finaz buat juga..hmmm..
ni memang realiti....bkn khayalan..
but y???


jwpn:


1.sbb finaz takde adik beradik utk bercerita..
2.sbb finaz ingin berkongsi pendapat or pape saje yg memberi manfaat n kebaikn pd kehidupan finaz..
3.sbb finaz boleh tulis pape saje pengalaman yg finaz lalui utk dikongsikn pd kwnx2 yg sudi membaca blog..


finally..
4.fullstop!!!!..dah tak tahu nak merepek ape lg..ngeee..


::tunggu entry yg akn di update kemudian hari...selamat membaca n berikn finaz feedback ya::